Monday 19 November 2018

Salam Maulidur Rasul

Image result for maulidur rasul 2018

Assalamualaikum gais.

Harini cuti  sempena Maulidur Rasul iaitu hari memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Jangan lupa banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad bukan saja hari ini tapi hari-hari seterusnya.

 

Jom hidupakan sunnah berselawat ke atas Nabi Muhammad setiap hari. 

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.




Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378

Pengalaman Lahirkan Bayi Pramatang (Premature)

Assalamulaikum gais

Alhamdulillah cuaca agak cerah hari ini. Mood nak menulis makin bertambah. Betullah, lama kerap kita menulis lagi tajam kemahiran menulis kita (puji diri sendiri lagik!!!).

Aku berkahwin Disember 2003, dan disahkan mengandung pada Februari 2004. Bunting pelamin orang tua-tua kata. Sewaktu awal kehamilan aku mengalami pendarahan hampir 20 hari lamanya. Ingatkan period rupanya mengandung. Bila aku pegi ke klinik, Dr sahkan tinggal kantung sahaja. Sedihnya masa tu hanya Allah saja yang tahu. Aku terus dirujuk ke hospital untuk DnC. Di hospital Dr scan beberapa kali bagi mengesahkan yang kantung itu tidak membesar. Pihak hospital berikan masa dua minggu untuk melihat perkembangan janin. Jika janin berkembang, Alhamdulillah. Setelah dua minggu , janin berkembang dengan baik. Kuat rupanya bayi ku ini berjuang untuk terus hidup.

Oleh kerana aku belum berkesempatan pegi honeymoon dengan suami , maka kami dan 5 lagi rakan termasuk pasangan  yang semuanya pengantin baru merancang untuk bercuti di Cameron Highlands pada bulan Julai 2004. Ada empat pasangan yang sedang mengandung (termasuk aku) dan dua pasangan lagi baru sangat kawin.

Sepanjang dua hari di Cameron, banyak aktiviti kami lakukan. Antaranya pegi ke ladang teh, ladang lebah, berjalan-jalan di ladang strawberry dan sebagainya. Masing-masing mengandung anak sulong, usia pon semua pertengahan 20an masih kuat lah tenaga nak memanjat semua atempat yang berbukit-bukit tu. 

Balik dari Cameron, salah sorang dari kami (4 ibu yang mengandung)  terus ke hospital sebab berlaku kontraksi dan akhirnya bersalin pada usia kandungan 32 minggu. Sorang lagi kawan aku, dimasukkan ke hospital jugak sebab kontraksi yang kuat tapi tak bersalinlah. Masa tu kandungan nya baru mencecah 34 minggu. 
  
Aku pulak sehari selepas balik dari Cameron, air ketuban pecah sewaktu nak mendirikan solat Subuh. Ingatkan aku terkencing , tapi makin banyak pulak keluar bila aku nak solat tu (cecair bewarna cerah, tidak berbau). Aku bagitau mak mertua dan kami terus ke hospital. Dr bagitau air ketuban dah pecah, dan bila-bila masa bayi boleh lahir. Masa tu kandungan aku baru 30 minggu. Takde kontraksi , tapi air ketuban tetap keluar cuma taklah banyak macam baru mula-mula kena. Kena pakai pad sepanjang tu untuk mengukur banyak mana air ketuban yang keluar. Seminggu jugak aku ditahan di hospital , makan tido la jawabnya aktiviti harian. Pagi hari kelapan aku di hospital Dr bagitau, esok mungkin aku akan diinduce sebab air ketuban dah nampak berkurangan dan boleh bahayakan bayi dalam kandungan. Debonya tak tau nak cakap. Tengahari tu lebih kurang jam 12 , aku pegi tandas dan lihat ada lendiran darah di pad. Bagitau staf nurse dan prosedur cek jalan dilakukan. Dah 6cm rupanya tapi aku tak pulak rasa sakit atau alami kontaksi yang kuat. Cuma peut memulas macam nak buang air besar je. 

Pukul 12.30 aku dihantar ke labour room, telefon suami supaya datang ke hospital sebab Dr bagitau aku mungkin akan bersalin petang ni. Dalam labour room sempat lagi telefon arwah abah, aku siap bagitau agaknya anak aku nak lahir jugak harini sebab tarikh harini sama dengan tarikh pemergian arwah mak  aku.  Pukul 1.05 petang aku selamat lahirkan bayi lelaki seberat 1.48kg pada usia kandungan 31 minggu. Allah permudahkan aku sakit sekejap sangat walaupon tu anak sulong. 

Anak aku terus dibawa ke wad NICU sebab tak cukup bulan dan beberapa masalah lain. Hampir 52 hari anak aku duduk dalam inkubator di wad tu. Aku macam tak berpantang mana lah, sekejap hospital panggil nak ambik darah, sekejap nak antar susu, dan macam-macam lagi. Insaf betul bila duduk di wad tu. Macam-macam penyakit dan semua tu memerlukan pengorbanan seorang ibu untuk jenguk anak hari-hari. Terima kasih wad NICU, 6B Hospital Sultanah NurZahirah, Kuala Terengganu. Servis yang sangat baik, staff nurse dan para doktor yang sangat berdedikasi menyelamatkan anakku.  

Perkembangan anak aku agak lambat berbanding anak orang lain yang sebaya dengannya. Hampir setiap bulan akan ke klinik Pakar Kank-Kanak dan juga klinik Pakar Mata. Alhamdulillah perkembangan agak baik dan pemeriksaan jumpa dengan pakar tamat kira-kira umurnya masuk 3 tahun. 

Kini usianya dah 14 tahun, seorang anak yang baik, dan alhamdullilah sudah menghafaz juzuk 17 AlQuran. Umi sangat mengharapkan agar anak umi , Adam Haziq menjadikan AlQuran sebagai panduan hidup  dan mampu memberi manfaat pada ummah. 




Adam ketika baru sampai ke rumah setelah 52 hari duduk di inkubator. Kecik sangat, macam anak burung. Berat cuma 1.8kg semasa keluar tu.






 Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum gais. Harini cuti  sempena Maulidur Rasul iaitu hari memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Jangan lupa banya...