Assalamualaikum gais
Sekarang di Ganu musim hujan, sejuk ngalahkan Genting Highlands tau. Bila sejuk gini perut manjang lapar, asyik mintak diisi dengan makanan. Tak boleh gunakan alasan makan untuk bertiga, kalau dak memang berat badan naik mendadak lah. Bila berat badan naik mendadak mulalah jururawat membebel pastu dapat lah appointment dengan Dr pulak. Jadi ibu hamil , makan biarlah seimbang dan berpada-pada. Biasanya bila lapar , aku banyakkan minum air masak/ air putih dan makan buah-buahan.
Antara yang paling jadi kebimbangan bila mengandung ni, ada diabetes, HB rendah, darah tinggi, dan sebagainya lah. Tapi 3 di atas tu memang jadi penanda aras sticker yang akan dilekatkan pada buku pink kita.
Saja nak terobek sikit, semasa kehamilan pertama dan kedua aku disahkan ada diabetes. Alhamdulillah kehamilan ketiga hingga yang keenam aku takde diabetes. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Aku terima dengan redha sajalah sebab ada faktor genetik kat situ. Arwah mak meninggal sebab Diabetes (2 jari kaki terpaksa dipotong). Masa mengandung anak pertama, just jaga pemakanan. Aku ni memang dari zaman sekolah kurang minat minum air manis , jadi bacaan gula cantik ajelah bila buat ujian MGTT.
Apa itu MGTT
Ujian toleransi glukosa atau juga dikenali sebagai ujian toleransi glukosa oral (modified glucose tolerance test - MGTT), memeriksa bagaimana badan anda mengawal tahap gula. Gula, atau glukosa, terkandung dalam kebanyakan makanan yang anda makan.
MGTT digunakan untuk mendiagnosis penyakit diabetes terutama untuk ibu yang sedang hamil. Ujian ini akan mengesan samada mereka penghidap kencing manis (diabetes) atau tidak.
Risiko diabetes sangat tinggi di kalangan ibu hamil, sebab itu semua ibu hamil di sarankan untuk minum air gula dan menjalani ujian darah (MGTT) terutama ibu hamil berumur 25 tahun ke atas dan keluarga ada sejarah diabetes. Jika anda di kedua-dua katogari maka anda kena minum 2 kali sepanjang hamil.
Diabetes dan kehamilan ? Adakah ia membahayakan
Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.
Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin akan menghidap diabetes gestasi.
Bayi anda memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai makrosomia yang bermaksud "badan yang besar". Akibatnya, mungkin sukar bagi anda melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.
Ujian MGTT memerlukan kita berpuasa mulai jam 10 malam hingga keesokan harinya. Staf nurse akan mengambil sampel darah terlebih dahulu, dan selepas itu barulah "upacara" minum Air Gula / Air Glukos. Kalau dulu semua minuman air glukos yang disediakan tidak bewarna, manis yang amat dan aku hanya boleh menghabiskan nya dalm masa setengah jam. Tapi kini kalau pegi klinik kerajaan kita boleh request nak air glukos seperti gambar di bawah dengan bayaran RM13. Ada le rasa oren dan takde lah pekat sangat. Pun begitu 10 minit nak menghabiskannya. Lepas minum air ni , kena berpuasa lagi 2jam dan staf nurse akan ambil sampel darah sekali lagi. sampel darah akan dihantar ke makmal untuk diuji.
Keputusan ujian MGTT biasanya diketahui selewat-lewatnya petang itu atau keeseokan harinya. Baca sini untuk mengetahui bacaan gula yang normal. Ujian ini akan memastikan kita akan menjalani ujian BSP selepas ini atau tidak. Boleh baca ulasan Dr Zubaidi pada link tu.
Oleh kerna aku pernah menjalani BSP (pengambilan sampel darah dihujung jari, sebanyak 4 kali sehari, dalam masa dua kali sebulan sehingga bersalin), maka aku mengetahui betapa peritnya derita berulang-alik ke klinik sehari empat kali tu. Waktu nilah pertaaku sibuk mencari suplemen supaya bacaan gula aku tak terlalu tinggi. Seorang sahabat perkenalkan Set Kehamilan Shaklee yang juga sesuai untuk yang ada diabetes macam aku. Alhamdulillah bacaan memang cantik setiap kali sampel darah diambil. Jangan lupa kontrol makan walaupon ujian BSP dah cantik. Kalau bacaan gula tinggi kemungkinan untuk kena cucuk insulin adalah tinggi. Paling malang lagi, kalau kena stay terus kat hospital sampai lah bersalin sebab bacaan gula tinggi dan takde tanda-tanda nak turun. Ikhtiar itu perlu bukan menyerah pada nasib sahaja.
.
Kalau berkemampuan belilah Glucometer (alat untuk mengukur kepekatan gula dalam darah) . Aku beli Glucometer jenama Accu Chek ni pon masa kehamilan anak keenam. Rezeki aku dapat beli dengan harga RM50 (percuma 25 strips). Alhamdulillah bacaan gula untuk kehamilan kali ini juga masih normal.
.
Kalau berkemampuan belilah Glucometer (alat untuk mengukur kepekatan gula dalam darah) . Aku beli Glucometer jenama Accu Chek ni pon masa kehamilan anak keenam. Rezeki aku dapat beli dengan harga RM50 (percuma 25 strips). Alhamdulillah bacaan gula untuk kehamilan kali ini juga masih normal.
Untuk pengetahuan semua, jika kita disahkan ada diabetes ketika hamil, biasanya Dr akan beri tarikh untuk kita bersalin awal iaitu pada 38 minggu. Ini bagi mengelakkan bayi terlalu besar di dalam perut, dan tak dapat bersalin normal. Alhamdulillah, walaupon ada diabetes ketika hamil anak kedua aku selamat melahirkan anak pada minggu ke37 dengan berat 2.98kg. Selamat dari kena induce!
Ibu-ibu jangan lupa teruskan berdoa pada Allah moga Allah permudahkan urusan anak kita walaupon kita disahkan ada diabetes. Amalkan surah Maryam moga-moga Allah permudahkan kita bersalin normal.
Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378
No comments:
Post a Comment