Wednesday, 26 September 2018

Berpantang Moden vs Berpantang Tradisi

Assalamualaikum gais

Topik BERPANTANG agak sensitif sebab masing-masing ada kaedah tersendiri dan pengalaman yang tersendiri. Berpantang bermaksud proses yang berlaku selepas melahirkan anak. Biasanya tempoh berpantang antara 42 hari hingga 60 hari. Semua bangsa, agama di dunia ini mempunyai kaedah berpantang tersendiri dari segi pemakanan dan corak kehidupan. Walau apa pon definisinya, matlamat utama berpantang " Mahu ibu sihat dan pulih" setelah melalui proses kehamilan selama 9 bulan dan proses kelahiran bayi.
.

Persoalannya , Kenapa perlu BERPANTANG ?
1. Memulihkan luka dalaman akibat kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak
2. Memberi rehat kepada si ibu dari melakukan kerja sebagai surirumah. Masa nilah ibu-ibu boleh ambil peluang tidor bersama baby
3. Tidak melakukan hubungan  dengan suami untuk tempoh tertentu.
4. Mengelakkan postnatal Depression atau meroyan.
.

Apa beza pulak Pantang Moden dengan Pantang Tradisional

Pantang Moden

Memakan makanan yang terdiri dari sayur, buah-buahan setai kali hidangan. Tiada istilah makan ikan kering saja ketika berpantang. Pengambilan ubat yang dibekalkan hospital atau suplemen jadi pilihan ibu-ibu yang berpantang secara moden.

Kalau aku sendiri sejak anak kedua memang meimilih pantang moden memandangkan aku alah pada jamu. Badan akan gatal yang amat, pastu jadi kemerah-merahan. Selain tu aku pernah ambik maajun lepas bersalin. Oh sama jugakk kesannya, aku alami sakit kepala macam nak pecah setiap kali air terkena tubuh badan, kalau ikut seller dia cakap healing process tapi takkan la lama sangat. Hampir sebulan weh aku makan maajun.  Dekat seminggu aku tak mandi (hanya lap-lap) tu pon lepas lap, menggelupur sakit kepala. Aku gi klinik, Dr kata angin , pegi homopathi pon angin jugak katanya. Aku stop je makan maajun, sakit kepala terus hilang serta merta. Rupanya aku tak serasi.


.
Pantang Tradisional 

Biasanya orang dulu-dulu sangat kuat mengamalkan pantang tradisional. Antaranya yang sering jadi amalam :
1. Memakan herba / jamu yang dibuat sendiri atau dibeli
2. Mandian herba sama ada menggunakan akar kayu terpilih atau daun terpilih
3. Memakai pilis / param
4. Bersalai (sangat popular di Terengganu), baring atas katil kayu  yang dilapik tikar mengkuang dan dibawah katil ada bara api / dapur gas dengan kepanasan minima dan mampu membuat pengaliran darah berjalan lancar.
5. Bertungku dengan batu sungai
6. Berurut seluruh badan dengan bidan kampung.
7. Memakai stokin
8. Memakai bengkung

Secara peribadinya , aku ni versi Pantang Moden dan separuh lagi  pantang tradisonal. Cumanya aku tak boleh makan jamu dan tak amalkan amalan bersalai. Yang lain semua aku ikut sebab ia memberi kesan yang baik pada tubuh badan aku. 

Maka pilihan apa yang aku ada selain jamu? Makanya ubat yang hospital bagi selepas bersalin dan juga suplemen Shaklee. Luka selepas bersalin lebih cepat kering, susu badan pon membuak-buak, badan pon letih bertenaga. Semasa berpantang aku memang duduk rumah mertua. Mak mertua aku memang bagi ikan bakar (standardlah) , tapi sayur dan buah takde masalah bagi dia untuk aku makan. Cuma pantang ikan aye (ikan tongkol) sebab takut gatal.


Kalau sapa yang hidup sezaman dengan aku tentu kenal Dr Hamid Arsat seorang Pakar Sakit Puan yang selalu keluar dalam tv masa zaman 90an pon bagitau amalan berpantang yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan ibu yang baru bersalin. Nah baca SINI. Beliau pon menyarankan pentingnya ambil suplemen ketika berpantang.  



Kalau nak set berpantang ni antara pilihan yang sesuai.

Nak detail pasal boleh baca kat bawah ni. Lengkap semua dah.
1. VITALEA
2. OMEGA GUARD 
3. ESP PROTEIN
4. VITA -C 
5. OSTEMATRIX
6. B-COMPLEX


Nak dapatkan terus klik terus SINI ya.


Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378

No comments:

Post a Comment

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum gais. Harini cuti  sempena Maulidur Rasul iaitu hari memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Jangan lupa banya...