Kenapa join Shaklee?
Aku bergelar usahawan online sejak 2005 lagi, pelbagai bisnes dah aku buat. Rasanya lebih dari 10 bisnes dah aku ceburi. Maknanya hampir 13 tahun bergelar usahawan tapi bisnes yang betul2 ada sampai sekarang cuma kedai dobi kenvensional sahaja. Jatuh bangun, tergolek, tersembam, semua dah aku rasa. Dari menjual tudung bawal, buka kedai fotostat dan cyber cafe, jual sandwich ke beberapa koperasi sekolah & uitm, buka gerai nasi lemak, jual Tupperware, Score A, jual barang kemas secara dropship (merasa la jual barang kemas hampir 2kg selama 2 tahun) dan macam-macam la bisnes sampingan. Bisnes yang paling TOP tiap tahun bagi aku duit bonus raya berganda opkos la jual kerepek. Korang Google jenama Hannah. Tapi paham le lepas raya jualan kerepek macam teratai layu di tasik madu.
Satu je jiwa orang bisnes ni, datang le taufan macam mana pon, dia RUGI buat bisnes A, dia cuba pulak bisnes B dan seterusnya. Dah lama dah nak cari bisnes dropship ni, yelah sekarang kan banyak founder produk yg offer kaw-kaw punya "bahagian" walau sekadar jadi dropship. Dok sibuk Google produk apa yang patut aku try(padahal try pon idak) napalah aku tak penah tefikir nak jual Shaklee. 12 tahun dah guna (walaupon banyak guna masa mengandung dengan berpantang je) tapi aku dah rasa pon apa kesannya.
Produk Shaklee dah le ko guna, promo kat orang lain sebab kebaikan nya boleh pulak buat duit kat situ. Aisehman awat la lambat sangat aku ni nak jadikan Shaklee tu sebagai Income aku macam aku buat bisnes lain. Yang bestnya sapa-sapa pon boleh buat, Tak yah sewa kedai, tak yah pakai pekerja, dan lain-lain
Meh lah aku tolong pendekkan sket nota ni. KENAPA kena join shaklee?
1. Modal rendah sangat cuma RM75.00 saja.
2. Takyah simpan stok pon. Kalau orang nak order ko order online saja. terus HQ poskan.
3. Bisnes paling proven, ko jadi dropship , ko buat ko dapat. Stok dijamin sampai sebab HQ pegang stok, bukan upline.
4. Tak perlu sewa kedai, tak perlu pekerja, yang perlu ada hanya sebuah laptop & handphone saja.
5. Surirumah sambil dodoi anak pon boeh buat duit asalkan korang share kebaikan produk tersebut sesama ahli mesyuarat tingkap.
6. Kebebasan masa - tak perlu nak punch card, asalkan tau matlamat yang korang nak capai. Buat sampai dapat.
4. Tak perlu sewa kedai, tak perlu pekerja, yang perlu ada hanya sebuah laptop & handphone saja.
5. Surirumah sambil dodoi anak pon boeh buat duit asalkan korang share kebaikan produk tersebut sesama ahli mesyuarat tingkap.
6. Kebebasan masa - tak perlu nak punch card, asalkan tau matlamat yang korang nak capai. Buat sampai dapat.
No comments:
Post a Comment