Wednesday, 24 October 2018

Diabetes ketika hamil


Assalamualaikum gais

Sekarang di Ganu musim hujan, sejuk ngalahkan Genting Highlands tau. Bila sejuk gini perut manjang lapar, asyik mintak diisi dengan makanan. Tak boleh gunakan alasan makan untuk bertiga, kalau dak memang berat badan naik mendadak lah. Bila berat badan naik mendadak mulalah jururawat membebel pastu dapat lah appointment dengan Dr pulak. Jadi ibu hamil , makan biarlah seimbang dan berpada-pada. Biasanya bila lapar , aku banyakkan minum air masak/ air putih dan makan buah-buahan.

Antara yang paling jadi kebimbangan bila mengandung ni, ada diabetes, HB rendah, darah tinggi, dan sebagainya lah. Tapi 3 di atas tu memang jadi penanda aras sticker yang akan dilekatkan pada buku pink kita.

Saja nak terobek sikit, semasa kehamilan pertama dan kedua aku disahkan ada diabetes. Alhamdulillah kehamilan ketiga hingga yang keenam aku takde diabetes. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Aku terima dengan redha sajalah sebab ada faktor genetik kat situ. Arwah mak meninggal sebab Diabetes (2 jari kaki terpaksa dipotong). Masa mengandung anak pertama, just jaga pemakanan. Aku ni memang dari zaman sekolah kurang minat minum air manis , jadi bacaan gula cantik ajelah bila buat ujian MGTT.


Apa itu MGTT
Ujian toleransi glukosa atau juga dikenali sebagai ujian toleransi glukosa oral (modified glucose tolerance test - MGTT), memeriksa bagaimana badan anda mengawal tahap gula. Gula, atau glukosa, terkandung dalam kebanyakan makanan yang anda makan. 
MGTT digunakan untuk mendiagnosis penyakit diabetes terutama untuk ibu yang sedang hamil. Ujian ini akan mengesan samada mereka penghidap kencing manis (diabetes) atau tidak.
Risiko diabetes sangat tinggi di kalangan ibu hamil, sebab itu semua ibu hamil di sarankan untuk minum air gula dan menjalani ujian darah (MGTT) terutama ibu hamil berumur 25 tahun ke atas dan keluarga ada sejarah diabetes. Jika anda di kedua-dua katogari maka anda kena minum 2 kali sepanjang hamil.

Diabetes dan kehamilan ? Adakah ia membahayakan


Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga. 


Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin akan menghidap diabetes gestasi. 

Bayi anda memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai makrosomia yang bermaksud "badan yang besar". Akibatnya, mungkin sukar bagi anda melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean



Ujian MGTT memerlukan kita berpuasa mulai jam 10 malam hingga keesokan harinya. Staf nurse akan mengambil sampel darah terlebih dahulu, dan selepas itu barulah "upacara" minum Air Gula / Air Glukos. Kalau dulu semua minuman air glukos yang disediakan tidak bewarna, manis yang amat dan aku hanya boleh menghabiskan nya dalm masa setengah jam. Tapi kini kalau pegi klinik kerajaan kita boleh request nak air glukos seperti gambar di bawah dengan bayaran RM13. Ada le rasa oren dan takde lah pekat sangat. Pun begitu 10 minit nak menghabiskannya. Lepas minum air ni , kena berpuasa lagi 2jam dan staf nurse akan ambil sampel darah sekali lagi. sampel darah akan dihantar ke makmal untuk diuji.





Keputusan ujian MGTT biasanya diketahui selewat-lewatnya petang itu atau keeseokan harinya. Baca sini untuk mengetahui bacaan gula yang normal. Ujian ini akan memastikan kita akan menjalani ujian BSP selepas ini atau tidak. Boleh baca ulasan Dr Zubaidi pada link tu. 

Oleh kerna aku pernah menjalani BSP (pengambilan sampel darah dihujung jari, sebanyak 4 kali sehari, dalam masa dua kali sebulan sehingga bersalin), maka aku mengetahui betapa peritnya derita berulang-alik ke klinik sehari empat kali tu. Waktu nilah pertaaku sibuk mencari suplemen supaya bacaan gula aku tak terlalu tinggi. Seorang sahabat perkenalkan Set Kehamilan Shaklee yang juga sesuai untuk yang ada diabetes macam aku. Alhamdulillah bacaan memang cantik setiap kali sampel darah diambil. Jangan lupa kontrol makan walaupon ujian BSP dah cantik. Kalau bacaan gula tinggi kemungkinan untuk kena cucuk insulin adalah tinggi. Paling malang lagi, kalau kena stay terus kat hospital sampai lah bersalin sebab bacaan gula tinggi dan takde tanda-tanda nak turun. Ikhtiar itu perlu bukan menyerah pada nasib sahaja. 
.

Kalau  berkemampuan belilah Glucometer (alat untuk mengukur kepekatan gula dalam darah) . Aku beli Glucometer jenama Accu Chek ni pon masa kehamilan anak keenam. Rezeki aku dapat beli dengan harga RM50 (percuma 25 strips). Alhamdulillah bacaan gula untuk kehamilan kali ini juga masih normal. 







Untuk pengetahuan semua, jika kita disahkan ada diabetes ketika hamil, biasanya Dr akan beri tarikh untuk kita bersalin awal iaitu pada 38 minggu. Ini bagi mengelakkan bayi terlalu besar di dalam perut, dan tak dapat bersalin normal. Alhamdulillah, walaupon ada diabetes ketika hamil anak kedua aku selamat melahirkan anak pada minggu ke37 dengan berat 2.98kg. Selamat dari kena induce!

Ibu-ibu jangan lupa teruskan berdoa pada Allah moga Allah permudahkan urusan anak kita walaupon kita disahkan ada diabetes. Amalkan surah Maryam moga-moga Allah permudahkan kita bersalin normal.   





Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378

Tuesday, 23 October 2018

Pengenalan Diri part 1

Assalamualaikum Gais

Image may contain: 7 people, including Norazlina Ahmad Bakhtiar, people smiling



Nama diberi Norazlina Ahmad Bakhtiar, berasal dari Teluk Intan, Perak dan kini menetap di Marang, Terengganu. Merupakan seorang peniaga sepenuh masa , mempunyai sebuah kedai DOBI https://www.facebook.com/dobiadamina/ yang terletak di Rusila,, Marang. Selain itu aku juga merupakan founder KEREPEK https://www.facebook.com/HannahKerepek/juga terletak di Marang , Terengganu. 
.
Pernah bekerja di sebuah syarikat buku dan memegang jawatan sebagai Marketing Officer selama 2 tahun setelah tamat belajar di Universiti Malaya. Jawatan diberi Marketing Officer , tapi kerjanya hari-hari ngutip hutang kat kedai buku terutama di Jalan Tar. Tau kot kedai buku apa kat Jalan Tar tu. Pengalaman mengutip hutang ni sangat bagus sebab selalu kena maki dengan tokey kedai buku. Kulit muka pon lama-lama dah tebal macam buku bila kena maki kutip hutang depan kastemer dalam kedai buku. Bila nak kawin penghujung  tahun 2003, aku terus apply berenti keja sebab nak ikut suami tinggal di Marang. Aku tanya arwah Abah boleh dak berenti keja pastu ikut suami. Yang pastinya , aku tak dapat nak bagi Abah duit bulanan bila tak keja. Abah bagitau, ulat dalam batu pon boleh hidup, takkan kamu tak boleh hidup kalau tak keja.

Bisnes jadi pilihan memandangkan agak susah nak dapat kerja yang tawarkan gaji ijazah masa mula-mula sampai di Terengganu pada tahun 2004 (memilih betulkan). Tapi tak tahu nak jual apa dan modal pon takde. Makanya aku carilah kerja sampai  akhirnya dapat bekerja sebagai Guru Ganti masa mengandung 2 bulan sampai 7 bulan. Patutnya mengajar sampai 9 bulan, tapi bersalin awal masa 31 minggu sebab air ketuban bocor. Nanti aku cerita pengalaman melahirkan anak pramatang.


Aku memulakan bisnes menjual tudung bawal sekitar tahun 2005 di Lelong.com. Masa tu bekerja di Jabatan Perangkaan sebagai pembanci sambilan dengan gaji taraf SPM. Sempat la setahun bekerja di Jabatan Perangkaan, dan waktu tu tulah aku berjinak-jinak menjual tudung bawal sebab opis tu dekat dengan stesen bas (tempat aku dapatkan stok tudung bawal).  Aku berbisnes sebab gaji yang ditawarkan tak mencukupi bagi aku dan aku rasa seronok pulak bila ada tambahan pendapatan dalam RM500-RM1000 sebulan. 

Tahun 2006, aku disahkan mengandung anak kedua, masa ni dah tamat pon kontrak sambilan dengan Jabatan Perangkaan. Aku alami alahan teruk  sama seperti anak pertama sehingga kandungan mencecah 14 minggu. Oleh kerana kandungan kedua ni aku disahkan mengidap kencing manis, aku ambil set kehamilan Shaklee atas saranan seorang rakan yang juga penghidap kencing manis.

Cerita seterusnya bersambung di entry berikutnya...   






Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378

Marketing dengan Allah

Assalamualaikum gais.

Lama tak menulis dan mencatat disini. Antara sebabnya takde idea, malas (alasan sokmolah), sibuk dengan urusan dunia yang tak habis-habis. Bila fikir balik, blog sangat bagus sebab ia bukan saja jadi medan untuk meluah perasaan, tapi juga menajamkan skill penulisan, berkongsi idea malahan boleh jadi satu medan dakwah untuk kita menyampaikan ilmu yang kita tahu walau sedikit. Allah Maha Besar yang menggerakkan hati ini untuk menulis. 
.

Satu masa  dulu, aku sering tercari-cari penulis yang hebat copywrting nya di Fb untuk ku jadikan rujukan bagi melariskan produk. Copywrting yang hebat akan menghasilkan content yang hebat sekaligus jualan akan bertambah secara logiknya. Namun aku lupa satu perkara, semakin aku mencari  kehebatan manusia semakin aku jauh dengan Allah. Manakan tidak semua sifu bisnes aku follow , tapi menyebabkan aku semakin lupa pada hebatnya Marketing dengan Allah dulu. Dunia bisnes online perlu cepat, kalau lambat jawab Whatsapp contohnya kastemer akan cari seller lain Akibat ralit sangat menjawab Whatsapp, solat mula dilewatkan, zikir memang tak terlintas dimulut , jari pula lebih banyak melayan FB dan Whatsapp berbanding baca Al Quran. Astagfirullah, ampuni aku Ya Allah. 

Aku pernah catatkan dalam FB , bagaimana tegarnya aku ikuti banyak kursus bisnes demi nak tingkatkan sales tapi hasilnya krik, krik, krik. Bukan salah sifu bisnes , tapi salah aku yang terlalu teruja nak tingkatkan jualan produk dan servis. Kelas FB ads , kelas online marketing, kelas digital marketing, kelas pengurusan bisnes  dan pelbagai lagilah. Dari yang free hingga ada yang mencecag ribuan RM semua pernah aku  hadiri. 
.

Allah pertemukan aku dengan seorang sahabat lama, dia banyak menyedarkan aku berhentilah mencari manusia tapi perbanyakkan Marketing dengan Allah. Minta dengan Allah dahulu , berdoa sesungguh hati dan yakin dengan keajaiban nya. 

Banyak keajaiban berlaku bila aku mula banyakkan berzikir kepada Allah. Yang paling utama, aku sangat tenang menerima pelbagai ujian (nanti aku ceritakan apa ujian terbesar yang sedang aku lalui sekarang).  Itu baru bab zikir, belum lagi dengan amalan lain seperti tahajud, puasa sunat, sedekah dan lain-lain. Semua ini Allah beri masa kepada kita 24jam sehari untuk dibuat walau berdikit-dikit. Betapa "lazatnya" amalan ini hingga sampai satu ketika aku boleh menangis ketika berselawat.  Kalau dulu sehari takde sales sama ada dari kedai dobi, bisnes kerepek aku akan kerunsingan , tapi sekarang aku lebih kerunsingan kaau tak sempat membaca Al Quran walau satu muka surat. Bila kita perkuatkan marketing dengan Allah, sales di kedai tetap ada. Alhamdulillah. Allah jua yang membukakan hati manusia untuk membeli, membayar hutang, dan sebagainya. 

Ini contoh bagaimana amalan zikir Ya Wahhab  memberikan aku rezeki sebuah skuter elektrik hasil dari cabutan bertuah hanya kerna membeli susu anak. Asasnya, aku PERCAYA amalan zikir itu akan memberi rezeki berganda untuk mereka yang mengamalkannya.  


"Put Allah first and you will never be last" 




Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378

Ujian. Makin dekat atau jauh dengan Allah

Assalamualaikum gais

Ujian. Rasanya semua orang pernah diuji , cuma pengertian ujian itu bergantung kepada empunya badan. Kalau sebut ujian biasanya dikaitkan dengan kehilangan orang tersayang, kemiskinan, kesusahan, kesakitan dan sebagainya. Tapi boleh jadi juga kesenangan, kekayaan, kemewahan juga jadi medan ujian kepada sesetengah individu. 

Baru-baru ini seorang sahabat menghadiahkan sebuah buku berjudul "Bersyukur Saat Diuji" tulisan Prof. Kamil Ibrahim. Seakan sedang memahami ujian yang sedang kami (merujuk kepada aku dan suami)  alami. Apakah ujian terhebat dalam diri kamu sekarang? Itu soalan yang dilontarkan dalam buku ini. Pantas aku menjawab di dalam hati ujian terbesar kami suami ditamatkan kontrak menjadi pensyarah Uitm setelah menjadi pensyarah hampir 14 tahun mulai April 2017. Sebab apa dan mengapa ditamatkan kontrak biarlah kami simpan ia sebagai satu rahsia. Ini pengakuan aku yang pertama kali secara terbuka untuk tatapan rakan-rakan , yang selalu bertanyakan suami tak kerja ke harini. Nah terjawab sudah kan. Kehilangan pekerjaan itu ibarat kehilangan punca pendapatan UTAMA kepada keluarga. Namun kami bernasib baik kerana kami memiliki sebuah kedai dobi dan bisnes kerepek  yang agak stabil. Alhamdulillah. Namun dalam bisnes pasang surut jualan itu tetap ada, ada kala banyak, ada kala langsung tiada. 

Tapi bila aku membaca buku "Bersyukur Saat Diuji" baru aku sedar , ujian terbesar dalam diri seorang manusia bila mana kita mula meninggalkan Allah secara perlahan-lahan tanpa kita sedar.  Kita mula mencari manusia untuk  memulihkan semula keeadaan sedang hakikatnya Allah sedang menguji kita sama ada akan terus dekat atak semakin jauh dengannya. 

Allah berfirman dalam surat Al Baqarah ayat 286 :
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
Dari ayat di atas,  Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dan ini merupakan janji Allah, jadi sesungguhnya tidak mungkin Allah membebani kita dengan ujian yang tidak kita sanggup.

Allah menurunkan ujian kepada manusia kerana : 
1. Allah mahu menunjukkan Allah itu sangat berkuasa atas segalanya. 
2. Allah mahu memberikan pahala pahala kebaikan jika seseorang yang sedang diuji tersebut bersabar dan melakukan kebaikan dan mencari jalan keluar dengan cara yang diredhai Allah, dan sebaliknya Allah akan memberikan dosa jika ia tidak bersabar dan mencari jalan keluar dengan cara yang tidak diredhai Allah.
3. Allah mahu kita terus bergantung sepenuhnya kepadaNya.
4. Allah mahu mengampunkan dosa semua dosa-dosa kita
5. Allah mahu memberikan yang terbaik untuk kita. 
Bila aku ulang , ulang dan ulang betapa indahnya Surah Al -baqarah ayat 286, hati jadi tenang dan boleh terima keadaan.  Hikmahnya, kita akan banyak mengadu dengan Allah , rapat dengan Allah dan mula mendekati Allah  dengan solat tahajud, solat-solat sunat, zikir dan sebagainya. Indah bukan ujian ini. Manusia jadi lalai dan leka bila tidak diuji. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 







Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378

Tuesday, 9 October 2018

Produk Beracun

Assalamualaikum gais

Harini rajin pulak nak menulis entry berkenaan produk suplemen / kecantikan berbahaya atau beracun di pasaran. Kalau korang bukak TV, FB, IG macam-macam jenis suplemen dan produk kesihatan & kecantikan dipertontonkan setiap hari. Nak produk apa , taip saja di Google semua ada. Dari produk pemtihan muka, kuruskan badan, nak bagi anak pandai, produk utk ketatkan / anjalkan XX dan macam-macam lagilah produk yang ntah hapa-hapa.

 Sekarang pulak, nak jadi founder produk pon mudah, asal ada modal tebal sikit. Pegi saja kilang kosmetik yang hasilkan produk OEM, bagitau saja spesifikasi yang korang nak. Aku tak nafikan banyak juga produk yang bagus di luar sana, tapi produk  beracun pon sama banyak dan kita pon tak dapat nak kenalpasti mana satu. Rajinlah-rajinlah ikuti Page Rahman Baco  (pharmacist) yang sentiasa update produk apa yang beracun di pasaran sekarang. Memang terkejut dan menakutkan sangat-sangat. 

Kebanyakan produk yang ada di pasaran mengandungi 
1. Parabens
2. Pewarna tiruan
3. Pemanis Tiruan 
4. Merkuri

Kalau rasa nak dapatkan produk selamat, tiada parabens, mempunyai saintis dan pusat        R & D tersendiri boleh whatsapp terus. Siap boleh jana income terus 
.

Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378

Cramp/ simpul biawak semasa mengandung

Assalamulaikum gais

Alhamdulillah masih diberi ruang oleh Allah Taala untuk bernafas dan masih sihat setakat ini. Yang penting masih bertenaga siapkan entry untuk blog walaupon jam dah cecah 11.15 malam. Bertenaga betul tau sebab baru telan 2 tablet VITALEA 

Satu yang aku sering alami dari kehamilan pertama hingga kelima ialah cramp / simpul biawak / setok karung (Loghat Terengganu) bila masuk 16 minggu ke atas. Seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini, aku memang amalkan set kehamilan Shaklee tapi makan tanpa ILMU. Maksudnya aku dulu hanya sebagai buyer dan tak tahu kaedah sebenar macam mana nak dapatkan kesan yang maksimum bila ambil suplemen. Orang beli, aku pon beli. 

Biasa kalau kena tu aku mesti terjerit opkos, gerak suami supaya suruh urut dan sapu minyak. Lagi-lagi kalau tengah mengeliat, dia punya simpulan tu memang buat ko menjerit tak hengat lah. Cramp atau kekejangan  biasanya melibatkan otot betis. 

Cramp / kejang pada betis hanya berlaku ketika aku hamil. Boleh BACA  artikel kenapa cramp sering berlaku kepada wanita hamil. Semua artikel yang aku baca akan nyatakan sebab yang sama iaitu kita kekurangan Kalsium dan Magnesium semasa mengandung. Kalau korang pegi klinik untuk check up bulanan jururawat / Dr akan pesan , jangan lupa minum susu ya. Itu menandakan betapa pentingnya kalsium untuk ibu hamil. Kalau tak CUKUP kalsium macam mana pulak? 


Ini kehamilan aku yang keenam dan kembar pulak tu, lagilah aku perlukan Kalsium & Magnesium yang mampu tampung zat yang secukupnya. Seorang sahabat cadangkan ambil OSTEMATRIX Shaklee pada waktu malam, iaitu 4 biji sebelum tidur. Alhamdulillah stakat ni cramp tak pernah lagi berlaku. Bila Ostematrix diambil sebelum tidur, ia akan memastikan kalsium itu sendiri tidak terbuang dalam urin sebab pada malam hari kita jarang pergi ke tandas. Itu ilmu makan yang betul rupanya. 

Niat asal beli Ostematrix sebab nak elakkan cramp dari berlaku , tapi apa yang paling best banyak pulak manfaat yang aku dapat. Formulanya unik, terdiri dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron.  

Manfaat Utama : 

1. Menguatkan tulang - Kalsium menghalang Osteoporosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf .

2. Perbaiki kekejangan & kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan , sakit sendi dan artritis.

3. Meringankan stress
4. Perbaiki masalah haid    

Nak tahu lebih lanjut berkenaan OSTEMATRIX  boleh baca di sini. Jangan dah gigi tercabut sana sini baru hangpa nak cari suplemen na. Masa nilah waktu terbaik untuk ambil suplemen. 

Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378

Saturday, 6 October 2018

HB Rendah. Apa risikonya .

Assalamualaikum gais.

Alhamdulillah kehamilan dah memasuki minggu ke 18. Si kembar dah makin aktip bergerak dalam perut Umi. Alhamdulillah. Momen yang sangat dinantikan oleh semua ibu yang mengandung bila anak mula bergerak. Tapi dalam keterujaan menerima anak kembar ini , kebimbangan sebab HB low sering bermain di fikiran. Masa anak kelima dulu pon HB low jugak, tapi bacaan masih antara 10 - 11. 

Apa itu HB 
HB  itu bahasa ringkasnya Hemoglobin. Hb ialah molekul protein yang bertindak sebagai pembawa  oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. 

Anemia terjadi apabila kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah yang dapat dikesan melalui ujian darah. Seorang wanita hamil yang sihat paras hb nya mestilah melebihi daripada 11gm/dl. 


Risiko HB Rendah / Low
1. Boleh menyebabkan tumpah darah. Ibu yang kehilangan banyak darah selepas melahirkan anak boleh mengakibatkan risiko kematian.
2. Keguguran semasa dalam kandungan
3. Janin tidak mendapat zat yang secukupnya dan boleh menyebabkan perkembangan bayi terbantut. 
4. Mudah letih, penat dan kelesuan. Ibu kelihatan kurang bermaya dan agak pucat
5. Kurang nafas, tercungap-cungap dan cepat mengah. 
6. Bayi lahir dengan kurang berat badan.

Ini antara yang dikongsikan oleh Dr semasa kunjungan aku ke klinik kenapa aku perlu pastikan HB melebihi bacaan 11.0. Antara ubat yang dibekalkan kepada aku, Zincofer, iron tablet  dan ubat cair darah. Antara makanan atau minuman yang perlu dielakkan jika hb low ialah minuman yang mempunyai kafein opkoslah kopi dan teh. 
Ubat yang dibekalkan klinik seperti Zincofer sangat bagus dimakan ketika perut kosong dan diminum bersama dengan jus buah-buahan agar lebih cepat diserap zat nya. 

Atas saranan seorang rakan , aku memang ambil Vitalea termasuk dengan ubat yang klinik bekalkan untuk dapatkan kesan yang maksimum. Vitalea merupakan multivitamin pertama yang dihasilkan pada tahun 1915 dan sekarang ini sudah diformulasikan dengan zat besi. 

Alhamdulillah bacaan hb dari 10.3 naik  11.1 setelah aku amalkan 2 tablet pagi, dan 2 tablet malam selepas makan. Vitalea sendiri mempunyai 28 vitamin di dalamnya. Boleh BACA di sini untuk mengetahui fungsi dan zatnya kepada tubuh badan.   

Antara Manfaat Utama :
1. Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. 
2. Pelengkap nutrisi 
3. Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak & remaja yang sedang membesar.
4. Metabolisma - membantu dalam stimulasi metabolisma & melambatkan proses penuaan.
5. Melindungiunggi organ - melindungi fungsi buah pinggang , jantung dan hati 
Vitalea 
Sebotol ini tahan untuk 30 hari , dan sangat sesuai bagi yang ibu hamil. Pengambilan yang disyorkan 2 tablet pagi, dan 2 tablet malam selepas  makan.   



 Pengedar Shaklee Marang Azlina 011.1687.6378

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum gais. Harini cuti  sempena Maulidur Rasul iaitu hari memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Jangan lupa banya...